I made this widget at MyFlashFetish.com.

MySpace CommentsMySpace CommentsMySpace CommentsMySpace CommentsMySpace CommentsMySpace Comments
SELAMAT DATANG KE ANGGUN CANTIK ANUGERAAH TERINDAH

Script ini di sediakan oleh Famili Azam

Ahad, 24 Januari 2010

MASIH MEMBESAR


Tahun-tahun Remaja
Anda mungkin belum lagi setinggi atau sematang kawan-kawan anda. Atau anda mungkin sudah lebih tinggi daripada mereka semua. Mungkin anda berasa pelik kerana badan anda sedang berubah (misalnya, anda sudah mendapat haid anda, jika perempuan; atau suara anda sedang berubah, jika lelaki).
Jangan bimbang!!!
Semua perubahan ini adalah sebahagian daripada proses membesar. Masa inilah anda akan menjadi lebih tinggi dan lebih berat, adakalanya pada kadar yang sangat cepat. Anda akan membesar paling cepat pada umur 10-12 tahun (jika anda perempuan), atau 12-14 tahun (jika anda lelaki). Perempuan boleh membesar sebanyak 8cm pada satu masa, manakala lelaki boleh membesar sebanyak 10cm. Kita semua membesar pada kadar yang berlainan. Jadi, jangan risau!!!

Makan Untuk Membesar
Semua nutrien adalah penting untuk badan anda. Karbohidrat memberi tenaga, protein membina otot, kalsium menguatkan tulang?.dan sebagainya.
Tiada satu jenis makanan atau makanan tambahan yang boleh menjadikan anda menjadi besar dan kuat. Cara yang paling baik ialah dengan mengikuti cara pemakanan yang seimbang dan berkhasiat.

MENJAGA RAMBUT ANDA


RAMBUT YANG SIHAT
Rambut yang sihat dan berkilat akan menarik perhatian semua orang. Ia menunjukkan bahawa anda berasa sihat dan yakin pada diri sendiri!
MAKANAN UNTUK RAMBUT?
Anda mungkin mengalami masalah rambut jika pemakanan anda tidak mempunyai cukup sesetengah nutrien. Misalnya, rambut yang kering atau tidak bermaya mungkin disebabkan oleh kekurangan biotin, iaitu sejenis nutrien yang didapati dalam kacang-kacang, buah-buahan, tomato dan susu.
Kerosakan rambut yang drastik juga boleh berlaku jika anda mempunyai gangguan cara makan, seperti anoreksia atau bulimia. Jadi, makanlah dengan sihat untuk mendapat rambut yang cantik, berkilat dan sihat!
PENJAGAAN & RAWATAN YANG BETUL
Cara yang senang untuk menjaga rambut anda:
Gunakan jenis syampu yang sesuai untuk jenis rambut anda.
Urut dengan lembut apabila mencuci rambut anda, jangan menggosoknya.
Jagalah rambut anda dengan baik. Jangan mengeritingkan, menyah-warnakan, meniupkeringkan, meluruskan atau mewarnakan rambut anda terlalu banyak.
Jagalah rambut anda daripada terlalu banyak sinaran matahari atau air klorin.
Makan dengan sihat, bersenam selalu dan jangan merokok atau minum alkohol.
Jika anda mengalami masalah rambut, seperti keguguran rambut, pergilah berjumpa doktor untuk merawatinya.
Adakan Ini Benar?
Mitos #1: Membubuh susu pada rambut saya akan menjadikannya lebih berkilat. Benar/Palsu?
Palsu. Susu harus diminum, bukan digunakan sebagai ?syampu?. Makanlah dengan sihat dan seimbang untuk mendapatkan rambut yang sihat.
Mitos #2: Mengambil pil dan herba ?rawatan rambut? akan membantu rambut saya menjadi sihat. Benar/Palsu?
Palsu. Bahan-bahan ini tidak menggalakkan pertumbuhan rambut yang sihat. Sebaliknya, pil-pil yang mempunyai kandungan vitamin A dan E yang amat tinggi, jika diambil untuk jangka masa yang lama, boleh menyebabkan keguguran rambut.

GIGI BERSERI


Makanan Untuk Gigi Anda
Senyumlah dan semua orang akan senyum bersama anda! Tetapi anda tidak akan senyum jika anda mempunyai kaviti atau gusi berdarah.
Gigi menjadi kuat jika ada mineral seperti kalsium, fosforus, magnesium dan fluorida. Jadi, anda perlu makan banyak makanan berkalsium, seperti susu, keju, tauhu, ikan bilis dan makanan bijirin diperkuat.

Menjaga Gigi Anda
Anda harus memberus gigi 3 kali sehari untuk menghalang gigi anda daripada reput. Gigi yang reput adalah sangat menyakitkan dan lama-kelamaan akan tercabut.
Selain memberus gigi, anda juga harus selalu flos gigi anda, kerana ia membersihkan ruang di antara gigi anda yang tidak dapat dibersihkan dengan berus gigi biasa.

Jangan makan terlalu banyak makanan yang manis dan bergula, kerana gula menyebabkan kerosakan gigi. Jika anda ingin menikmati snek manis, anda harus berkumur atau memberus gigi anda selepas itu.
Ingatlah? doktor gigi adalah teman setia anda. Pergilah berjumpa selalu !
Masalah & Rawatan Gigi
Inilah beberapa masalah yang akan dihadapi jika anda tidak menjaga gigi anda dengan baik:
Kaviti ?

Gigi anda akan reput dan lubang akan kelihatan. Walaupun ini disebabkan oleh bakteria, kekurangan kalsium dalam diet anda juga boleh meningkatkan risiko anda mendapat kaviti.
Pulpitis ?

Pulpa gigi anda menjadi radang dan menyebabkan sakit teruk.
Gingivitis ?

Gusi anda menjadi bengkak dan mudah berdarah. Adakalanya, kekurangan vitamin C menyebabkan skurvi, yang mungkin menyebabkan gingivitis.

Jadi, jika anda mengalami masalah gigi, cepatlah berjumpa doktor gigi!

Sabtu, 23 Januari 2010

Cara Mudah Tampil Lebih Muda


Dengan kemahiran dalam bermake up supaya tampil lebih muda akan cepat terlihat. Murah dan tidak berisiko. Tidak percaya? Cuba lakukan trik-trik berikut ini seperti yang dikutip dari Prevention:
1. Mulai dari rambut
`Mahkota` awet muda lebih sering dianalogikan kepada rambut, karena boleh jadi ini dapat berfungsi sebagai penambah usia kita. Potongan rambut yang dapat membuat kita terlihat muda adalah rambut tidak melebihi dagu dan bahu.
2. Pilih lipstik yang tepat
Lipstik yang glossy akan membuat tampilan bibir kita lebih segar dibandingkan yang berbentuk matte. Setelah itu, cubalah pilih warna-warna cerah untuk menyempurnakan kesegaran tersebut.
3. Setia dengan blush on dan shadows berbentuk krim
Kerana usia yang bertambah membuat kulit semakin kering. Dan kulit yang kering akan bersahabat baik dengan kosmetik berbentuk krim. Pilih juga bedak tabur untuk menutupi kerutan-kerutan yang mulai muncul secara halus.
4. Tampilkan kekuatan mata
Ini ertinya, maksimalkan riasan pada mata kita. Mulai dari memilih maskara yang dapat membuat bulu mata terlihat lebih penuh dan lentik.
5. Berhenti mencabut alis mata
Pada saat usia kita memasuki 30 tahun, janganlah mencabut alis mata. Sebab semakin lama, alis kita semakin rapuh dan kemampuannya untuk tumbuh seperti semula pun semakin menurun.
6. Berdirilah dengan tegap
Cuba cari perempuan yang menurut awda seksi, pasti mereka berdiri dengan postur tubuh yang sempurna. Dan berdiri dengan tegap adalah salah satu cara untuk membuat kita terlihat percaya diri, plus membuat kita lebih kurus.
7. Tidurlah dengan cukup
Saat kita kurang tidur, mata akan berkantung dan kulit tidak terlihat segar. Jadi jika ingin tampil menawan, cobalah tidur dengan nyenyak di malam hari.

1.5 LITER WATER THERAPHY



Kenapa kita disarankan minum air putih sekurang-kurangnya 6-8 gelas air (1.5 liter) setiap hari?

Ini adalah kerana dengan mengamalkan meminum air putih yang cukup ia dapat melancarkan system tubuh manusia.

Usus besar bekerja dengan lebih efective dengan membentuk darah baru yang dipanggil 'aematopaises'. Bila usus bersih, makanan yang dimakan dapat diserap dengan lebih baik dan dapat diubah menjadi darah baru.
Darah merupakan important factor dalam penyembuhan dan pencegahan penyakit.

Antara penyakit yang dapat dicegah dan disembuhkan dengan kaedah 1.5 liter Water Theraphy ini:
sakit kepala/migrain
asthma
darah tinggi
bronchitis
kencing manis
kurang darah
TBC paru-paru
penyakit mata, mata merah, pendarahan di mata
rhemutisme
radang otak
lumpuh
batu ginjal
kegemukan
penyakit saluran kencing
haid tak teratur
sakit sendi / urat
leukimia
radang selaput lendir
barah rahim
barah payudara
gangguan jantung
sakit tekak, batuk
sembelit, dll
Cara: (sukat 1.5 liter that is lebih kurang 6-8 gelas air putih terlebih dahulu)
Sebaik bangun tidur (tanpa gosok gigi terlebih dahulu) minum sekurang-kurangnya 1 gelas plain water.
Di waktu pagi asalkan SEBELUM SARAPAN, cuba habiskan 1.5 liter air putih terlebih dahulu (walaupun mengambil masa 2-3 jam untuk menghabiskannya)
Untuk mereka yang susah minum air putih, disarankan minum sedikit demi sedikit bagi mengelakkan pening kepala atau mual.
SANGAT PENTING:

JANGAN minum atau makan apapun 1 jam SEBELUM DAN SESUDAH minum 1.5 liter air putih
Sebaiknya gunakan air hangat / suam

Dengan 1.5 liter water theraphy ini, berikut ialah kebarangkalian penyakit dapat dikurangkan:
Sembelit - 1 hari
TBC Paru-Paru - 3 bulan
Kencing Manis - 7 hari
Kembang Urat/ Sakit Sendi - 2 hari
Tekanan Darah Tinggi - 1 minggu
Untuk sakit radang sendi / rhemustisme: Buat terapi ini 3 x sehari - pagi, siang dan malam 1 jam sebelum makan selama 7 hari berturut-turut, setelah itu 2 kali sehari sampai penyakit sembuh.
Personal experience:
Kulit lebih sihat dan berseri-seri
Selera makan dapat dikawal
Senang buang air besar
Kurang kena penyakit seperti selsema, pening kepala, sakit tekak
Badan terasa ringan dan lebih sihat, dll

Nutrien Untuk Kulit Anda



Untuk kulit sihat berseri, makanlah banyak sayur-sayuran berdaun hijau, sayur-sayuran dan buah-buahan berwarna kuning, bijirin, kekacang, daging dan makanan laut yang mengandungi vitamin A, C dan B6, dan mineral zink.

CARA JAGAAN DAN RAWATAN YANG BETUL


Cara-cara yang senang untuk menjaga kulit anda:

Bersihkan muka anda dua kali sehari dengan air suam dan sabun lembut, kemudian keringkan.

Lindungi kulit anda daripada sinaran matahari dengan pakaian yang sesuai, atau dengan menggunakan losyen perlindungan matahari. Terlalu banyak sinaran UV matahari boleh menyebabkan kanser kulit.

Jangan sekali-kali mencucuk, memicit atau mengorek jerawat atau akne anda. Ini akan menyebabkan keradangannya merebak dan akan merosakkan tisu-tisu halus di bawah kulit anda.

Jangan merokok. Ia akan menyebabkan kulit anda menjadi pucat, berkedut-kedut dan juga akan melambatkan keupayaan kulit anda untuk sembuh.

Jika anda mempunyai masalah kulit, atau ingin mengetahui lebih banyak lagi tentang penjagaan kulit, anda harus berjumpa pakar dermatologi (seorang doktor yang pakar dalam penjagaan kulit).

Selasa, 12 Januari 2010

Awda Patut Tahu



PERHATIAN !!!

BERHATI-HATI DENGAN PRODUK TIRUAN PASTIKAN SETIAP KOTAK MEMPUNYAI VALID STICKER!!!

Selasa, 5 Januari 2010

Kulit Berseri Dengan Sabun Eumora


Sabun Eumora Di Youtube.com


Awda boleh melihat Video klip Sabun Eumora di youtube.com.

Video klip ringkas kecantikan wajah dan lain-lain aplikasinya ini menerangkan kegunaannya, kos atau harga perbandingan penggunaan Sabun Eumora ini berserta testimoni-testimoni bergambar pemulihan selepas penggunaan Sabun Eumora.

Awda boleh melihat Video Klip Sabun Eumora di youtube.com seperti yang tertera dibawah ini

Liputan Dari Sinar Harian


Berikut adalah sebahagian dari keratan akhbar Sinar Harian Edisi Kelantan berhubung sabun Eumora Rabu 11 Februari 2009.

Herba Eumora bantu rawat kulit Rosalwani Che Soh

Sinonimnya penjagaan kecantikan sering dikaitkan dengan wanita. Namun kini, golongan lelaki juga tidak ketinggalan untuk mencuba pelbagai produk dengan mengunjungi pusat rawatan kecantikan dan SPA serta melakukan pembedahan plastik seperti suntikan kolagen untuk kelihatan cantik dan menarik.

Ada juga yang sanggup menghabiskan ribuan ringgit untuk menunaikan hajat mereka bagi menjaga penampilan diri agar sentiasa tampil yakin. Kini orang ramai tidak perlu lagi bersusah payah untuk mendapatkan rawatan yang menelan belanja puluhan ribu ringgit dan membuat rawatan kecantikan apabila menggunakan sabun herba ajaib Eumora (miracle herb soap) yang didakwa berupaya mengatasi pelbagai masalah kulit.

Pengurus Besar EZ Beauty & Health, Wan Aminudin Aminin Wan Sulaiman, berkata, produk tersebut dihasilkan dari Austria dan dipasarkan di negara ini sejak enam bulan lalu.Menurutnya, sabun herba tersebut mempunyai keistimewaan tersendiri yang mengandungi alga (sejenis hidupan laut) dan kaya dengan vitamin dan mineral kerana ia dihasilkan dari bahan semula jadi.

"Apa yang pasti sabun Eumora ini membantu merawat parut, jerawat, jeragat, panau, kulit berkedut, berminyak, kulit kering dan riang roma terbuka.

"Kelebihan sabun ini juga dapat membantu mengawal keseimbangan pH pada kulit, mengawal masalah jerawat dan kulit sensitif dan mengurangkan kesan parut pada kulit", dakwanya kepada Sinar Harian.

Katanya, cara penggunaannya mudah iaitu dengan mencuci bahagian yang mengalami masalah dengan menggunakan sabun tersebut, hanya dengan tiga minit sahaja boleh melihat kesannya dan perubahan pada kulit selepas digunakan.

"Sabun Eumora ini sesuai untuk semua jenis kulit, malah akan bertambah berseri-seri jika kita mengamalkannya setiap hari."Dengan hanya menggunakannya dua kali sehari, ia dapat memberikan kesan yang pastinya tidak mengecewakan", dakwanya.

Sabun Eumora Melepasi Ujian Analisa Logam Berat


Produk Sabun Eumora telah menjalani Ujian Toksik Logam Berat (Heavy Metal Toxicity Test) dan telah disahkan bebas dari keracunan kandungan yang amat merbahaya seperti Mercuri, Arsenic, Cadmium dan Lead.

Berikut ialah yang mengakibatkan keracunan logam berat (heavy metal poisoning) di dalam tubuh kita:
Plumbun (Lead) – biasanya terdapat didalam cat terutama cat yang terdapat pada rumah-rumah lama.* Cadmium – terdapat dalam bateri, tayar kenderaan, plastic dan asap rokok

Mercuri – juga terdapat didalam bateri dan bahan tampalan gigi

Arsenic – paling mudah menjumpai arsenic didalam makanan laut, makanan ternakan dan sayur-sayuran yang menggunakan racun serangga.


Mengapa ujian ini perlu diadakan?

Jumlah yang sedikit bahan-bahan ini kadangkala diperlukan didalam tubuh sebagai pelengkap diet. Tapi bila paras toksik logam berat yang tinggi didalam tubuh, ini akan mengakibatkan komplikasi pada otak dan akan terjadi permasalahan neurologi, sehingga menyebabkan menjadi terganggu malah boleh menyebabkan simptom austistik (autistic symptoms), tekanan jiwa (depression), mudah marah (increased irritability), kerisauan melampau (anxiety), sukar tidur (insomnia), berhalusinasi simptom kepada sakit jiwa (hallucinations), hilang ingatan (memory loss) dan masalah pada buah pinggang, akan menyebabkan parkinson, Alzheimer (Alzheimer's disease).kelemahan otot-otot (muscular dystrophy) dan lain-lain lagi.

Hasil ujian tersebut menjadi bukti bahawa Sabun Eumora selamat dan bebas dari logam berat yang merbahaya kepada para pengguna. Kesemua bahan merbahaya tersebut tidak dikesan langsung (ND= not detected). Awda tidak perlu risau lagi tentang bahan yang amat merbahaya di dalam sabun ini.

Ahad, 3 Januari 2010

Bersenam Cara Yang Betul

Ramai di antara kita sememangnya tahu, bersenam dapat meningkatkan kecergasan diri. Tapi tahukah awda adakalanya bersenam juga boleh memudaratkan kepada tubuh badan sekiranya tidak dilakukan dengan betul.

Mari patuhi 4 fasa senaman :
Fasa 1: Memanaskan Badan (5-10 minit)
Senaman kelonggaran
Senaman renggangan

Fasa 2: Aerobik (15 minit)
Contoh:
berjalan pantas, berjoging, senamrobik

Fasa 3: Muscular Conditioning (5-10 minit)
Fasa ini melibatkan aktiviti bagi memantapkan daya tahan dan kekuatan otot
Contoh:
bangun tubi, tekan tubi, half-squat, heel raiser

Fasa 4: Menyejukkan Badan (5-10 minit)
Senaman tidak boleh diberhentikan dengan serta merta kerana boleh mengakibatkan kecederaan pada otot.

Makan Secara Sihat

Pilih makanan yang berkhasiat untuk memenuhi keperluan diet harian anda

Pilih makanan yang rendah gula, garam dan minyak

Makan lebih buah-buahan dan sayur-sayuran

Minum 6 hingga 8 gelas air sehari

Pilih premis makanan yang bersih

Kurangkan minyak, garam dan lemak semasa memasak
contoh: kukus, rebus panggang dan bakar

Pilih makan yang bersih dan selamat

Sabtu, 2 Januari 2010

Rahsia Bulu Kening


Nota: Semua bahan bacaan dibawah tidak semestinya tepat & betul, hanya sebagai garis panduan mengikut statistik & kebarangkalian.

Apa yang dapat diberitahu tentang wanita berkaitan dengan cinta, asmara dan hal seksual?


BULU KENING

Tebal: tertarik terhadap tindakan dan pengembaraan dan tidak setia, sukar mempunyai perhubungan kekal dengan pasangan satu saja.

Kurus: kurang berminat terhadap seks.

Dekat satu kepada lain: cemburu.

Jauh satu daripada lain: malu dengan hal seksual.

Lengkung: sangat suka hal-hak seks dan sensual.

Berbentuk segi tiga: lebih suka kepada sebagai teman karib daripada bernafsu di katil.

Lurus: sangat menurut kebiasaan di katil.

SELAMAT TAHUN BARU


SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2010 BUAT SEMUA PENGUNJUNG ANGGUN CANTIK ANUGERAAH TERINDAH BLOG. MOGA DI TAHUN BARU INI MEMBAWA KEBERKATAN DAN KEBAIKKAN BUAT KITA SEMUA DAN MOGA ALLAH S.W.T AKAN SENTIASA MEMBERI RAHMAT DAN MEMBERKATI KEHIDUPAN KITA SEMUA. AMIN AMIN YA'RABBALAMIN.

Jumaat, 1 Januari 2010

TIP PENJAGAAN KASUT KULIT


Pemakaian kasut kulit mampu mengubah penampilan seseorang. Namun begitu, jika tidak di jaga akan menyebabkan kasut kulit cepat rosak. Disini terdapat beberapa panduan kepada pengemar kasut kulit.

1. Kasut Kulit tidak boleh di pakai setiap hari, Sekiranya hari ini awda memakainya, Keesokan harinya, ia perli direhatkan dan gunakan kasut yang lain pula.

2. Kasut kulit memerlukan penjagaan yang lebih rumit berbanding kasut biasa. Ia boleh di bersihkan dengan berus lembut atau dengan kain yang bersih. untuk menyimpannya ia perlu di letakkan dengan pengeras kasut untuk mengekalkan bentuknya.

3. Masa terbaik membeli kasut adalah sebelah petang kerana kaki 'mengembang' lima hinga lapan peratus pada ketika itu.

4. Elakkan kasut kulit terkena sinaran matahari yang keterlaluan kerana ia boleh merosakkan warna.

5. Sekiranya kasut kulit basah, keringkan ia dengan menekap kertas untuk mengeluarkan airnya, selepas itu biarkan ia kering sendiri.

Berdiet dengan sebiji oren?


Tahukan awda,

Kajian yang ditemui didalam Jurnal of the American College of Nutrition mendapati gelatin (sejenis serat) yang terdapat pada lapisan putih buah oren boleh menahan rasa lapar dalam masa empat jam!!

Daripada 69 kalori oren mengandungi 4gm serat iaitu 16% yang memang diperlukan oleh tubuh setiap hari.

JADI, awda dapat berdiet dengan hanya sebiji oren.

Zodiak & Makanan

Pisces: Kamu suka menu makanan siang yang banyak mengandungi air dan sebelah malamnya pula kamu gemar menikmati makanan-makanan berminyak dan bersos.
Aries: Kerana terlalu sibuk beraktiviti, kamu tidak berkesempatan memikirkan soal makan. Kebiasaannya kamu akan makan setelah perut mu benar-benar lapar atau berbunyi-bunyi sebagai isyarat bahawa telah tiba waktu makan.

Taurus: Aroma masakan sering membuat kamu tidak dapat menahan selera makan mu. Kamu rela menghabiskan waktu yang agak lama untuk benar-benar menikmati makanan kegemaran mu!

Gemini: Bijak berkomunikasi dan gemar bercakap. Ketika mulut penuh dengan makanan pun tetap bercakap. Bagi kamu, makan boleh berhenti tapi bercakap harus diteruskan!

Cancer: Disebabkan sikap mu yang sukar untuk diramal secara tidak langsung membuatkan jadual pemakanan mu berubah-ubah. Kamu makan sesuka hati ada kalanya kamu hanya makan dua kali dalam sehari.

Leo: Kamu amat menggemari makanan-makanan mewah. Oleh itu kamu sukar untuk mengikut jadual diet mu. Kamu hanya menyukai makanan tertentu dan terus membenci makanan-makanan yang tidak tergolong dalam kategori makanan kegemaran mu.

Virgo: Bentuk badan sempurna penting bagi kamu. Kamu sering memeriksa label nutrien yang terdapat pada bungkusan makanan yang kamu pilih. Kamu gemarkan makanan yang sempurna dan semula jadi. Kamu tidak suka makanan ringan!

Libra: Sikap ideal kamu ada kalanya menjadikan kamu agak kaku. Setiap kali makan kamu inginkan hidangan itu disajikan dengan cantik, kemas, bersih dan sempurna. Hanya disebabkan sedikit kesalahan, ia akan turut memberi kesan kepada emosi mu. Kamu suka makan berlama-lama kerana setiap suapan yang masuk ke mulut mu akan kamu nikmati sepenuhnya.

Scorpio: Misteri dan membingungkan, itulah keperibadian mu. Makanan yang kaya dengan rempah-ratus menjadi kegemaran mu. Kamu tidak risau mengenai berat badan kerana kamu percaya bahawa ghairah hidup yang menyala-nyala akan turut membakar lemak di dalam tubuh mu.

Sagitarius: Kamu memang gemarkan cabaran. Malah makanan kegemaranbiasanya lain dari yang lain. Kamu gemar mencuba sesuatu resipi yang baru kerana kamu memang gemarkan kelainan.

Capricorn: Kamu adalah individu yang berwawasan dan sentiasa berusaha bersungguh-sungguh. Kamu suka makan secara bersederhana dan mengambil makanan mengikut jumlah yang diperlukan sahaja. Kamu juga hanya setia kepada sesuatu produk makanan sahaja.

Aquarius: Individu di sekeliling mu ternyata menyukai sikap mu yang gemar berjenaka. Sekiranya menghadiri pesta atau jamuan tertentu kamu sering memilih makanan yang tidak menjadi favourite para tetamu yang hadir. Kamu juga dikategorikan sebagai individu yang gemar mencuba. Ada kalanya masakan yang kamu cuba agak pelik dan tidak pernah dibuat orang!