I made this widget at MyFlashFetish.com.

MySpace CommentsMySpace CommentsMySpace CommentsMySpace CommentsMySpace CommentsMySpace Comments
SELAMAT DATANG KE ANGGUN CANTIK ANUGERAAH TERINDAH

Script ini di sediakan oleh Famili Azam

Rabu, 30 Disember 2009

KHASIAT SAYUR TAUGE


Tauge dikatakan mampu menyumbang kanavanin (canavanine), sejenis asid amino. Kanavanin, dikatakan mampu melumpuhkan bibit kanser leukimia, usus besar dan pankreas. Selain itu, tauge juga mempunyai estrogen semulajadi berfungsi sama dengan estrogen sintesis.

Tapi tahukah awda, tauge yang kerap kali menjadi pilihan terakhir untuk dijadikan sayur ini sebenarnya mempunyai banyak khasiat untuk kesuburan lelaki dan wanita.

Pengambilan tauge oleh kaum lelaki mampu membuatkan sperma yang dihasilkan oleh golongan ini semakin baik. Begitu juga wanita, ia cukup berkesan membantu kesuburan telur yang dihasilkan.

Bagaimanapun, khasiat tauge tidak sekadar penyumbang kesuburan, ia juga terbukti melalui kajian mengandungi bahan yang dapat melumpuhkan bibit kanser, usus besar, pankreas dan juga penyakit leukimia.Mengikut kajian yang dijalankan tauge sama ada dari jenis kacang hijau,alfalfa dan sebagainya mengandungi banyak unsur Fitokimia ya berkhasiat serta meningkatkan kepadatan dan susunan tulang, dan mencegah kerapuhan tulang(osteoporosis).

Pengambilan tauge oleh wanita secara kerap dapat membantu menghindar dari kanser payudara, gangguan menjelang menstruasi, simptom pra-menopaus, dan gangguan akibat menopaus.

Sewaktu kacang-kacang dicambahkan untuk dijadikan tauge secara umumnya, kadar saponinya meningkat sehingga 450 peratus. Mereka yang berisiko penyakit strok dan serangan jantung, gara-gara kadar lemak darah yang tinggi adalah dianjurkan untuk lebih banyak mengambil tauge dalam menu harian mereka. Saponi dalam tauge, menghalau "lemak jahat" LDL, tanpa mengganggu kandungan lemak baik HDL yang kuat menghalang tubuh dari radikal bebas perosak sel DNA.

Pelindungan ini menguatkan kesimpulan tauge merupakan sayuran yang membuat awda menjadi lebih muda.

Satu lagi khasiat tauge yang tidak kurang hebatnya adalah membantu membuang kotoran dalam usus besar kerana tauge mengandungi banyak serat dan air.

Apabila kotoran segera meninggalkan usus besar, tiada lagi zat-zat racun dalam kotoran yang yang dapat diserap tubuh. Ia akan mencegah pengumpulan bahan beracun yang dapat merangsang kanser.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.