I made this widget at MyFlashFetish.com.

MySpace CommentsMySpace CommentsMySpace CommentsMySpace CommentsMySpace CommentsMySpace Comments
SELAMAT DATANG KE ANGGUN CANTIK ANUGERAAH TERINDAH

Script ini di sediakan oleh Famili Azam

Ahad, 24 Januari 2010

MASIH MEMBESAR


Tahun-tahun Remaja
Anda mungkin belum lagi setinggi atau sematang kawan-kawan anda. Atau anda mungkin sudah lebih tinggi daripada mereka semua. Mungkin anda berasa pelik kerana badan anda sedang berubah (misalnya, anda sudah mendapat haid anda, jika perempuan; atau suara anda sedang berubah, jika lelaki).
Jangan bimbang!!!
Semua perubahan ini adalah sebahagian daripada proses membesar. Masa inilah anda akan menjadi lebih tinggi dan lebih berat, adakalanya pada kadar yang sangat cepat. Anda akan membesar paling cepat pada umur 10-12 tahun (jika anda perempuan), atau 12-14 tahun (jika anda lelaki). Perempuan boleh membesar sebanyak 8cm pada satu masa, manakala lelaki boleh membesar sebanyak 10cm. Kita semua membesar pada kadar yang berlainan. Jadi, jangan risau!!!

Makan Untuk Membesar
Semua nutrien adalah penting untuk badan anda. Karbohidrat memberi tenaga, protein membina otot, kalsium menguatkan tulang?.dan sebagainya.
Tiada satu jenis makanan atau makanan tambahan yang boleh menjadikan anda menjadi besar dan kuat. Cara yang paling baik ialah dengan mengikuti cara pemakanan yang seimbang dan berkhasiat.

MENJAGA RAMBUT ANDA


RAMBUT YANG SIHAT
Rambut yang sihat dan berkilat akan menarik perhatian semua orang. Ia menunjukkan bahawa anda berasa sihat dan yakin pada diri sendiri!
MAKANAN UNTUK RAMBUT?
Anda mungkin mengalami masalah rambut jika pemakanan anda tidak mempunyai cukup sesetengah nutrien. Misalnya, rambut yang kering atau tidak bermaya mungkin disebabkan oleh kekurangan biotin, iaitu sejenis nutrien yang didapati dalam kacang-kacang, buah-buahan, tomato dan susu.
Kerosakan rambut yang drastik juga boleh berlaku jika anda mempunyai gangguan cara makan, seperti anoreksia atau bulimia. Jadi, makanlah dengan sihat untuk mendapat rambut yang cantik, berkilat dan sihat!
PENJAGAAN & RAWATAN YANG BETUL
Cara yang senang untuk menjaga rambut anda:
Gunakan jenis syampu yang sesuai untuk jenis rambut anda.
Urut dengan lembut apabila mencuci rambut anda, jangan menggosoknya.
Jagalah rambut anda dengan baik. Jangan mengeritingkan, menyah-warnakan, meniupkeringkan, meluruskan atau mewarnakan rambut anda terlalu banyak.
Jagalah rambut anda daripada terlalu banyak sinaran matahari atau air klorin.
Makan dengan sihat, bersenam selalu dan jangan merokok atau minum alkohol.
Jika anda mengalami masalah rambut, seperti keguguran rambut, pergilah berjumpa doktor untuk merawatinya.
Adakan Ini Benar?
Mitos #1: Membubuh susu pada rambut saya akan menjadikannya lebih berkilat. Benar/Palsu?
Palsu. Susu harus diminum, bukan digunakan sebagai ?syampu?. Makanlah dengan sihat dan seimbang untuk mendapatkan rambut yang sihat.
Mitos #2: Mengambil pil dan herba ?rawatan rambut? akan membantu rambut saya menjadi sihat. Benar/Palsu?
Palsu. Bahan-bahan ini tidak menggalakkan pertumbuhan rambut yang sihat. Sebaliknya, pil-pil yang mempunyai kandungan vitamin A dan E yang amat tinggi, jika diambil untuk jangka masa yang lama, boleh menyebabkan keguguran rambut.

GIGI BERSERI


Makanan Untuk Gigi Anda
Senyumlah dan semua orang akan senyum bersama anda! Tetapi anda tidak akan senyum jika anda mempunyai kaviti atau gusi berdarah.
Gigi menjadi kuat jika ada mineral seperti kalsium, fosforus, magnesium dan fluorida. Jadi, anda perlu makan banyak makanan berkalsium, seperti susu, keju, tauhu, ikan bilis dan makanan bijirin diperkuat.

Menjaga Gigi Anda
Anda harus memberus gigi 3 kali sehari untuk menghalang gigi anda daripada reput. Gigi yang reput adalah sangat menyakitkan dan lama-kelamaan akan tercabut.
Selain memberus gigi, anda juga harus selalu flos gigi anda, kerana ia membersihkan ruang di antara gigi anda yang tidak dapat dibersihkan dengan berus gigi biasa.

Jangan makan terlalu banyak makanan yang manis dan bergula, kerana gula menyebabkan kerosakan gigi. Jika anda ingin menikmati snek manis, anda harus berkumur atau memberus gigi anda selepas itu.
Ingatlah? doktor gigi adalah teman setia anda. Pergilah berjumpa selalu !
Masalah & Rawatan Gigi
Inilah beberapa masalah yang akan dihadapi jika anda tidak menjaga gigi anda dengan baik:
Kaviti ?

Gigi anda akan reput dan lubang akan kelihatan. Walaupun ini disebabkan oleh bakteria, kekurangan kalsium dalam diet anda juga boleh meningkatkan risiko anda mendapat kaviti.
Pulpitis ?

Pulpa gigi anda menjadi radang dan menyebabkan sakit teruk.
Gingivitis ?

Gusi anda menjadi bengkak dan mudah berdarah. Adakalanya, kekurangan vitamin C menyebabkan skurvi, yang mungkin menyebabkan gingivitis.

Jadi, jika anda mengalami masalah gigi, cepatlah berjumpa doktor gigi!

Sabtu, 23 Januari 2010

Cara Mudah Tampil Lebih Muda


Dengan kemahiran dalam bermake up supaya tampil lebih muda akan cepat terlihat. Murah dan tidak berisiko. Tidak percaya? Cuba lakukan trik-trik berikut ini seperti yang dikutip dari Prevention:
1. Mulai dari rambut
`Mahkota` awet muda lebih sering dianalogikan kepada rambut, karena boleh jadi ini dapat berfungsi sebagai penambah usia kita. Potongan rambut yang dapat membuat kita terlihat muda adalah rambut tidak melebihi dagu dan bahu.
2. Pilih lipstik yang tepat
Lipstik yang glossy akan membuat tampilan bibir kita lebih segar dibandingkan yang berbentuk matte. Setelah itu, cubalah pilih warna-warna cerah untuk menyempurnakan kesegaran tersebut.
3. Setia dengan blush on dan shadows berbentuk krim
Kerana usia yang bertambah membuat kulit semakin kering. Dan kulit yang kering akan bersahabat baik dengan kosmetik berbentuk krim. Pilih juga bedak tabur untuk menutupi kerutan-kerutan yang mulai muncul secara halus.
4. Tampilkan kekuatan mata
Ini ertinya, maksimalkan riasan pada mata kita. Mulai dari memilih maskara yang dapat membuat bulu mata terlihat lebih penuh dan lentik.
5. Berhenti mencabut alis mata
Pada saat usia kita memasuki 30 tahun, janganlah mencabut alis mata. Sebab semakin lama, alis kita semakin rapuh dan kemampuannya untuk tumbuh seperti semula pun semakin menurun.
6. Berdirilah dengan tegap
Cuba cari perempuan yang menurut awda seksi, pasti mereka berdiri dengan postur tubuh yang sempurna. Dan berdiri dengan tegap adalah salah satu cara untuk membuat kita terlihat percaya diri, plus membuat kita lebih kurus.
7. Tidurlah dengan cukup
Saat kita kurang tidur, mata akan berkantung dan kulit tidak terlihat segar. Jadi jika ingin tampil menawan, cobalah tidur dengan nyenyak di malam hari.

1.5 LITER WATER THERAPHY



Kenapa kita disarankan minum air putih sekurang-kurangnya 6-8 gelas air (1.5 liter) setiap hari?

Ini adalah kerana dengan mengamalkan meminum air putih yang cukup ia dapat melancarkan system tubuh manusia.

Usus besar bekerja dengan lebih efective dengan membentuk darah baru yang dipanggil 'aematopaises'. Bila usus bersih, makanan yang dimakan dapat diserap dengan lebih baik dan dapat diubah menjadi darah baru.
Darah merupakan important factor dalam penyembuhan dan pencegahan penyakit.

Antara penyakit yang dapat dicegah dan disembuhkan dengan kaedah 1.5 liter Water Theraphy ini:
sakit kepala/migrain
asthma
darah tinggi
bronchitis
kencing manis
kurang darah
TBC paru-paru
penyakit mata, mata merah, pendarahan di mata
rhemutisme
radang otak
lumpuh
batu ginjal
kegemukan
penyakit saluran kencing
haid tak teratur
sakit sendi / urat
leukimia
radang selaput lendir
barah rahim
barah payudara
gangguan jantung
sakit tekak, batuk
sembelit, dll
Cara: (sukat 1.5 liter that is lebih kurang 6-8 gelas air putih terlebih dahulu)
Sebaik bangun tidur (tanpa gosok gigi terlebih dahulu) minum sekurang-kurangnya 1 gelas plain water.
Di waktu pagi asalkan SEBELUM SARAPAN, cuba habiskan 1.5 liter air putih terlebih dahulu (walaupun mengambil masa 2-3 jam untuk menghabiskannya)
Untuk mereka yang susah minum air putih, disarankan minum sedikit demi sedikit bagi mengelakkan pening kepala atau mual.
SANGAT PENTING:

JANGAN minum atau makan apapun 1 jam SEBELUM DAN SESUDAH minum 1.5 liter air putih
Sebaiknya gunakan air hangat / suam

Dengan 1.5 liter water theraphy ini, berikut ialah kebarangkalian penyakit dapat dikurangkan:
Sembelit - 1 hari
TBC Paru-Paru - 3 bulan
Kencing Manis - 7 hari
Kembang Urat/ Sakit Sendi - 2 hari
Tekanan Darah Tinggi - 1 minggu
Untuk sakit radang sendi / rhemustisme: Buat terapi ini 3 x sehari - pagi, siang dan malam 1 jam sebelum makan selama 7 hari berturut-turut, setelah itu 2 kali sehari sampai penyakit sembuh.
Personal experience:
Kulit lebih sihat dan berseri-seri
Selera makan dapat dikawal
Senang buang air besar
Kurang kena penyakit seperti selsema, pening kepala, sakit tekak
Badan terasa ringan dan lebih sihat, dll

Nutrien Untuk Kulit Anda



Untuk kulit sihat berseri, makanlah banyak sayur-sayuran berdaun hijau, sayur-sayuran dan buah-buahan berwarna kuning, bijirin, kekacang, daging dan makanan laut yang mengandungi vitamin A, C dan B6, dan mineral zink.

CARA JAGAAN DAN RAWATAN YANG BETUL


Cara-cara yang senang untuk menjaga kulit anda:

Bersihkan muka anda dua kali sehari dengan air suam dan sabun lembut, kemudian keringkan.

Lindungi kulit anda daripada sinaran matahari dengan pakaian yang sesuai, atau dengan menggunakan losyen perlindungan matahari. Terlalu banyak sinaran UV matahari boleh menyebabkan kanser kulit.

Jangan sekali-kali mencucuk, memicit atau mengorek jerawat atau akne anda. Ini akan menyebabkan keradangannya merebak dan akan merosakkan tisu-tisu halus di bawah kulit anda.

Jangan merokok. Ia akan menyebabkan kulit anda menjadi pucat, berkedut-kedut dan juga akan melambatkan keupayaan kulit anda untuk sembuh.

Jika anda mempunyai masalah kulit, atau ingin mengetahui lebih banyak lagi tentang penjagaan kulit, anda harus berjumpa pakar dermatologi (seorang doktor yang pakar dalam penjagaan kulit).