I made this widget at MyFlashFetish.com.

MySpace CommentsMySpace CommentsMySpace CommentsMySpace CommentsMySpace CommentsMySpace Comments
SELAMAT DATANG KE ANGGUN CANTIK ANUGERAAH TERINDAH

Script ini di sediakan oleh Famili Azam

Selasa, 5 Januari 2010

Liputan Dari Sinar Harian


Berikut adalah sebahagian dari keratan akhbar Sinar Harian Edisi Kelantan berhubung sabun Eumora Rabu 11 Februari 2009.

Herba Eumora bantu rawat kulit Rosalwani Che Soh

Sinonimnya penjagaan kecantikan sering dikaitkan dengan wanita. Namun kini, golongan lelaki juga tidak ketinggalan untuk mencuba pelbagai produk dengan mengunjungi pusat rawatan kecantikan dan SPA serta melakukan pembedahan plastik seperti suntikan kolagen untuk kelihatan cantik dan menarik.

Ada juga yang sanggup menghabiskan ribuan ringgit untuk menunaikan hajat mereka bagi menjaga penampilan diri agar sentiasa tampil yakin. Kini orang ramai tidak perlu lagi bersusah payah untuk mendapatkan rawatan yang menelan belanja puluhan ribu ringgit dan membuat rawatan kecantikan apabila menggunakan sabun herba ajaib Eumora (miracle herb soap) yang didakwa berupaya mengatasi pelbagai masalah kulit.

Pengurus Besar EZ Beauty & Health, Wan Aminudin Aminin Wan Sulaiman, berkata, produk tersebut dihasilkan dari Austria dan dipasarkan di negara ini sejak enam bulan lalu.Menurutnya, sabun herba tersebut mempunyai keistimewaan tersendiri yang mengandungi alga (sejenis hidupan laut) dan kaya dengan vitamin dan mineral kerana ia dihasilkan dari bahan semula jadi.

"Apa yang pasti sabun Eumora ini membantu merawat parut, jerawat, jeragat, panau, kulit berkedut, berminyak, kulit kering dan riang roma terbuka.

"Kelebihan sabun ini juga dapat membantu mengawal keseimbangan pH pada kulit, mengawal masalah jerawat dan kulit sensitif dan mengurangkan kesan parut pada kulit", dakwanya kepada Sinar Harian.

Katanya, cara penggunaannya mudah iaitu dengan mencuci bahagian yang mengalami masalah dengan menggunakan sabun tersebut, hanya dengan tiga minit sahaja boleh melihat kesannya dan perubahan pada kulit selepas digunakan.

"Sabun Eumora ini sesuai untuk semua jenis kulit, malah akan bertambah berseri-seri jika kita mengamalkannya setiap hari."Dengan hanya menggunakannya dua kali sehari, ia dapat memberikan kesan yang pastinya tidak mengecewakan", dakwanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.