I made this widget at MyFlashFetish.com.

MySpace CommentsMySpace CommentsMySpace CommentsMySpace CommentsMySpace CommentsMySpace Comments
SELAMAT DATANG KE ANGGUN CANTIK ANUGERAAH TERINDAH

Script ini di sediakan oleh Famili Azam

Ahad, 24 Januari 2010

MENJAGA RAMBUT ANDA


RAMBUT YANG SIHAT
Rambut yang sihat dan berkilat akan menarik perhatian semua orang. Ia menunjukkan bahawa anda berasa sihat dan yakin pada diri sendiri!
MAKANAN UNTUK RAMBUT?
Anda mungkin mengalami masalah rambut jika pemakanan anda tidak mempunyai cukup sesetengah nutrien. Misalnya, rambut yang kering atau tidak bermaya mungkin disebabkan oleh kekurangan biotin, iaitu sejenis nutrien yang didapati dalam kacang-kacang, buah-buahan, tomato dan susu.
Kerosakan rambut yang drastik juga boleh berlaku jika anda mempunyai gangguan cara makan, seperti anoreksia atau bulimia. Jadi, makanlah dengan sihat untuk mendapat rambut yang cantik, berkilat dan sihat!
PENJAGAAN & RAWATAN YANG BETUL
Cara yang senang untuk menjaga rambut anda:
Gunakan jenis syampu yang sesuai untuk jenis rambut anda.
Urut dengan lembut apabila mencuci rambut anda, jangan menggosoknya.
Jagalah rambut anda dengan baik. Jangan mengeritingkan, menyah-warnakan, meniupkeringkan, meluruskan atau mewarnakan rambut anda terlalu banyak.
Jagalah rambut anda daripada terlalu banyak sinaran matahari atau air klorin.
Makan dengan sihat, bersenam selalu dan jangan merokok atau minum alkohol.
Jika anda mengalami masalah rambut, seperti keguguran rambut, pergilah berjumpa doktor untuk merawatinya.
Adakan Ini Benar?
Mitos #1: Membubuh susu pada rambut saya akan menjadikannya lebih berkilat. Benar/Palsu?
Palsu. Susu harus diminum, bukan digunakan sebagai ?syampu?. Makanlah dengan sihat dan seimbang untuk mendapatkan rambut yang sihat.
Mitos #2: Mengambil pil dan herba ?rawatan rambut? akan membantu rambut saya menjadi sihat. Benar/Palsu?
Palsu. Bahan-bahan ini tidak menggalakkan pertumbuhan rambut yang sihat. Sebaliknya, pil-pil yang mempunyai kandungan vitamin A dan E yang amat tinggi, jika diambil untuk jangka masa yang lama, boleh menyebabkan keguguran rambut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.