I made this widget at MyFlashFetish.com.

MySpace CommentsMySpace CommentsMySpace CommentsMySpace CommentsMySpace CommentsMySpace Comments
SELAMAT DATANG KE ANGGUN CANTIK ANUGERAAH TERINDAH

Script ini di sediakan oleh Famili Azam

Ahad, 20 Disember 2009

5 CARA MUDAH KULIT CANTIK BERSERI


Tip Pertama

Elak daripada mandi air panas kerana air panas akan menyebabkan kulit kering dan cepat berkedut. Sebagai pilihan, gunakan air suam.
Usah gunakan sabun yang kasar, sebaliknya gunakan sabun yang dapat melembutkan kulit. Kulit pula harus dilap dengan lembut untuk mengelakkannya daripada sebarang alahan.

Tip Kedua

Penggunaan krim pelembap atau losen mampu melindungi kulit supaya ia lembap sepanjang hari manakala berpeluh dapat mengeluarkan toksin daripada badan. Justeru, lakukan senaman setiap hari.
Selain itu, jika memberus rambut boleh merangsang kulit kepala, perkara sama boleh dilakukan untuk tubuh. Memberus kulit membantu untuk merangsang pengaliran darah serta menyingkirkan kotoran daripada lapisan dalaman kulit.
Berus kulit yang kering dengan lembut bermula dari tapak kaki menghala ke bahagian atas badan sebelum memberus bahagian tangan dan belakang. Elakkan tempat sensitif dan usah sesekali memberus bahagian muka.
Mandi susu juga elok diamalkan kerana ia membantu melembut dan menghidratkan kulit. Caranya mudah saja iaitu campur beberapa sudu besar serbuk susu ke dalam semangkuk besar air suam dan tambahkannya dalam mandian.
Selain itu, tambahkan segelas susu terus ke dalam air mandian. Untuk lebih lembut, tambah sesudu madu yang membantu untuk melembap serta bertindak sebagai antiseptik sederhana.
Untuk membuang sel kulit mati, rajinkan diri menyental tubuh dengan memilih bahan yang mengandungi bahan pelembap supaya kulit tidak kering.

Tip Ketiga

Untuk mereka yang mahu mengempiskan perut, antara caranya adalah elak daripada makan nasi bersulamkan air. Sebaliknya, minum air selepas makan.
Perahan limau nipis yang dicampur dengan teh tanpa gula elok diminum setiap hari. Sebaiknya, biarkan teh yang diminum itu panas suam untuk mendapatkan kesan yang baik dalam usaha mengempiskan perut.

Tip Keempat

Untuk menghindari rambut gugur, masukkan tiga sudu besar serbuk teh ke dalam secawan air mendidih, kemudian tapis.
Bancuh air teh bersama sedikit serbuk inai dan sebiji putih telur hingga sebati. Apabila sebati, sapukan pada kulit kepala dan biarkan selama tiga jam. Seelok-eloknya amalkan dua minggu sekali.
Selain itu, tumbuk sedikit arang hingga lumat, kemudian campur dengan minyak kelapa. Sapukan ramuan di seluruh rambut dan biarkan selama dua jam. Basuh rambut dengan syampu dan keringkan. Lakukan seminggu sekali.
Air asam jawa dan santan juga boleh digunakan yang dicampur dalam satu bekas. Masukkan beberapa kuntum bunga kenanga atau bungaan wangi. Basuh rambut menggunakan campuran itu dan rambut berbau harum tanpa disyampu.

Tip Kelima

Bagi menghilangkan lebam mata, ambil uncang teh yang sudah digunakan. Lekapkan pada mata dan biar semalaman. Lakukannya tiga kali seminggu ketika hendak tidur.
Bahagian lebam mata juga boleh disapu perahan limau nipis yang boleh dilakukan beberapa kali.
Untuk menyegarkan mata, ambil hirisan timun dan lekap pada kelopak mata. Mata akan kembali segar selepas itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.