I made this widget at MyFlashFetish.com.

MySpace CommentsMySpace CommentsMySpace CommentsMySpace CommentsMySpace CommentsMySpace Comments
SELAMAT DATANG KE ANGGUN CANTIK ANUGERAAH TERINDAH

Script ini di sediakan oleh Famili Azam

Rabu, 16 Disember 2009

BEKAL HIDUP



"A'uzubillah himinash syaithon nirrajiim... Bismillahirrahmannirrahim"


Tafsirannya:"Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam, dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.


"Bacalah ayat di atas sebelum memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada di dalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan.


Sebelum masuk rumah, bacalah ayat di atas, kemudian bacalah surah Al-Ikhlas sebanyak 3 kali.


Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah. Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut.

Amalkanlah dan jangan tinggalkan solat kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur.


Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu.


Seperti mana sabda Rasulullah SAW:

'Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat.'


Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :

1) Sedekah/amal jariahnya

2) Doa anak-anaknya yang soleh

3) Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.