I made this widget at MyFlashFetish.com.

MySpace CommentsMySpace CommentsMySpace CommentsMySpace CommentsMySpace CommentsMySpace Comments
SELAMAT DATANG KE ANGGUN CANTIK ANUGERAAH TERINDAH

Script ini di sediakan oleh Famili Azam

Ahad, 20 Disember 2009

AIR DAN KECANTIKAN


Air merupakan satu sumber yang sangat penting untuk kehidupan alam. Begitu juga perkaitan antara air dan kecantikan anda. Terdapat pelbagai jenis produk kecantikan yang ada di pasaran kini. Pilih sahaja apa yang bersesuaian dengan anda. Dari barangan kosmetik sehinggalah produk makanan kesihatan dalaman.

Namun perawatan yang paling baik adalah bermula dari dalam. Maka kecantikan luaran akan terpantul dari dalam kerana kedua-duanya saling berkaitan.
Air mineral merupakan air yang mengandungi mineral semulajadi atau bahan bahan terlarut yang lain yang mengubah rasa dan mempunyai nilai terapeutik. Garam-garam, sebatian-sebatian sulfur dan gas adalah di kalangan bahan-bahan yang larut dalam air.

Air mineral boleh disediakan melalui proses tertentu atau terhasil secara semulajadi.
Air yang berkualiti dan kaya dengan sumber mineral akan meningkatkan kadar metabolisme tubuh serta memberikan kekuatan semulajadi pada kulit untuk melawan penuaan dan kekeringan kulit yang terhidrat.
Berikut merupakan kebaikan air mineral:

Meningkatkan penyerapan nutrien dan mineral oleh tubuh.Meningkatkan stamina tubuh.

Meningkatkan kecekapan tubuh mengangkut oksigen.Membina dan menguatkan tulang dan gigi.

Meningkatkan heomoglobin dalam sel darah merah.Membersih serta melancarkan sistem penghadaman.

Oleh sebab itu, pengambilan air sekurang-kurangnya 8 gelas sehari adalah kemestian untuk memastikan kecantikan anda terpelihara luar dan dalam serta mengekalkan kulit sihat sentiasa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.